LUKISAN MURAL TARIKAN TERBARU BANDARAYA JOHOR BAHRU – KHALED NORDIN

11113302_505883779574938_9148962529085904096_o

11903719_505883786241604_1011763741951805761_n

11935002_505884282908221_177229134918958699_n

11949498_505883779574938_9148962529085904096_n

11960196_505883782908271_4219236433224516247_n (1)

Menteri Besar Johor, YAB Dato' Haji Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya menyambut baik inisiatif seperti lukisan mural berkenaan dan berterima kasih kepada pihak terlibat termasuk Petronas, Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) serta pelukis anak Johor. 

Mural berkenaan memberikan kelainan dan tarikan kepada bandar raya Johor Baharu, sekali gus mengalukan-alukan lebih ramai pihak untuk melakukan insiatif sama dengan tema bersesuaian di bandar raya ini.

 "Aspek penting mural yang dihasilkan ini bersandarkan kepada soal tanah air, dan sudah tentulah ia menjadi ruang bagi orang muda menunjukkan ekspresi melalui kreativiti mereka," katanya. 

Menurutnya ia juga dapat menyemai rasa cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda terutamanya semasa negara menyambut Hari Kebangsaan 2015. 

Lima mural itu termasuk yang berkonsep tiga dimensi (3D) diabadikan pada dinding bangunan warisan bernilai tinggi di sekitar Jalan Trus, Jalan Dhoby, Jalan Ibrahim dan Jalan Segget menerusi projek #tanahairku 3.0 bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Selain memaparkan elemen patriotik, mural itu bercirikan Bangsa Johor dan Muafakat Johor yang bertujuan menyampaikan mesej kepada pengunjung untuk menghayati kepentingan dan perpaduan kaum. – BERNAMA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial