MAHU BAKAT ANAK DIKETENGAH

image (3)

KLUANG – Sekadar menduduki tempat kedua dalam salah satu acara Kejohanan South East Asean GP Track di Velodrom Cheras, baru-baru ini, tidak mematahkan semangat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar T6, di sini, untuk terus berusaha pada masa akan datang.

Bakat Mohd Faten Fizren Darus, 17, perlu diberikan perhatian oleh pihak berkaitan agar dia dapat diketengahkan lebih jauh pada masa akan datang.

Bapanya, Darus A Rahim, 53, berkata, kejohanan lima hari bermula 22 0gos lalu itu, tahun kedua disertai anaknya atas tiket mewakili Johor bersama dua lagi rakan sepasukan dan bertanding dalam tiga kategori dipertandingkan.

“Dalam acara Sprint dan Point Race dia menduduki tempat keempat manakala bagi Elimination Race anak saya di tempat kedua dan menerima pingat perak,” katanya.

Menurutnya, penyertaan anaknya pada kejohanan itu untuk menimba pengalaman namun jika dia tidak dilatih dengan kelengkapan dan kemahiran yang betul pasti hasrat untuk melahirkan pelumba muda akan terkubur.

Jelasnya, mujur ada individu iaitu Mohd Rizal Khamis, yang secara sukarela memberikan latihan percuma kepada anaknya dan dua lagi rakan di satu kawasan latihan di Pusat Rekreasi Gunung Lambak.

“Setiap hari jika tak hujan, meberkayuh sejauh 50 hingga 100 kilometer walaupun terpaksa keluarkan belanja sendiri. Minat dan cita-citanya untuk mewakili negara menjadi pendorong usaha ini,” katanya.

Darus berharap ada pihak berkaitan dapat melatih dan mengasah bakat anaknya itu supaya kebolehan dimiliki tidak dibiarkan sahaja.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial