Majlis Pelancaran Arena Larkin dan Stadium Olahraga Mount Austin di Johor Bahru

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Arena Larkin dan Stadium Olahraga Mount Austin di Johor Bahru.

Sebanyak RM350 juta diperuntukan bagi tujuan membangunkan Arena Larkin yang dijangka siap pada 2020 dan RM89 juta bagi Stadium Olahraga Mount Austin.

Pembangunan Arena Larkin oleh JCorp itu meliputi kawasan seluas 104 ekar merangkumi pembinaan Stadium Tertutup MBJB dan menaik taraf Kolam Renang MBJB serta Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.

Sementara itu, pembinaan Stadium Olahraga Mount Austin oleh KPRJ pula bakal dilengkapi dengan prasarana sukan seperti trek lumba, padang latihan, gelanggang futsal dan gymnasium yang bertaraf dunia.

Majlis pelancaran itu diadakan dalam rangka lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Johor.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial