Majlis Santapan Berbuka Puasa Johor Corporation (JCorp)

26 JUN 2016 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Berbuka Puasa Johor Corporation (JCorp) di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn.

Baginda turut menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM6.45 juta daripada Menteri Besar Johor, merangkap Pengerusi JCorp, DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN yang merangkumi bahagian bagi 37 syarikat dalam kumpulan JCorp termasuk Kulim (Malaysia) Berhad, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, KPJ Healthcare Berhad, Johor Land Berhad dan syarikat-syarikat Intrapreneur.

JCorp turut menyerahkan sumbangan duit raya dan cenderamata kepada 100 anak yatim, fakir miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan melancarkan Projek Penyayang ke-72, iaitu projek pengagihan hidangan ayam goreng KFC percuma kepada rumah-rumah anak yatim dan kebajikan empat kali setahun.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial