MAJORITI SETUJU TENGKU ABDULLAH UNDUR, CADANG TUNKU ISMAIL, KJ AMBIL ALIH

komenfb.transformed

KUALA LUMPUR: Keputusan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan kekalahan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis lalu, mendapat reaksi positif. 

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pembaca BH Online berhubung keputusan itu susulan penyiaran berita berkenaan, mendapati ia tidak mengejutkan dan sepatutnya sudah lama berlaku.

Kebanyakan mereka sependapat barisan kepimpinan FAM juga seharusnya ditukar segera dan ada di antaranya mencadangkan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor,Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih tempat Tengku Abdullah itu.

 Malah ada yang lebih berani apabila mencadangkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggantikan Tengku Abdullah bagi membuktikan kemampuannya dan tidak sekadar pandai mengkritik semata-mata. 

Selain itu ada yang juga mempersoalkan tempoh peletakan jawatan itu termasuk secara berperingkat dan dalam masa mencadangkan supaya tidak lagi menangguhkan keputusan peletakan jawatan. 

Berikut adalah antara sejumlah komen pembaca BH Online, diambil dari Facebook yang mengulas keputusan Tengku Abdullah itu

Charles Lenova: Ini lh yg kita tunggu2 dri dulu lgi. cuba tukar pemimpin yg baru. siapa tau blh merubah sehala2nya. apa2 pun kmi peminat bola sepak tanah air. mengucapkn tahniah kpd Tungku yg semala ini cuba sedaya usaha tuk pmbngunan blasepk Negara. kmi jga menyokong penuh Pem.Sultn Johor sebgai pengnti. 

Muhamuizzu Hashim: saya rasa biarlah TMJ pegang tampuk tertinggi FAM dia ada idea baru yang lebih baru 

Eyal Bund: Dari dulu saya dengar dialog macam ni..wayang banyak Adam Helmi: nak letak jawatan pun kena berperingkat ke? presiden atau DS hari tu umum je dah settle. nak kena kemaskan akaun FAM dulu ker? 

En Mazran: Bgus2.. kasi bubar FAM.. kasi yg baru mentadbir FAM.. bagi sukan malaysia ni lagi maju akan datang. TQ 

Muhammad Taib Anuar: Berikn pd yg thu apa itu bola..dn bukan segiempat..betulkn mna yg salah..mna yg mkn duit..pesatuan mna yg bnyk masalah..dn jgn ada sifat pilih kasih dlm bola..pakai main muat ja..main bola bukan utk duit tpi utk Malaysia.. Buang mna player yg tk perform dgn baik dipadang..Kejar bola dn bukan kejar kaki player.. 

Aiyub Abu Bakar: Dah hampir hancur baru nak sibuk2 letak jawatan.. beri le muka lain terajui FAM. 

Yan XQ: 'Akan' 'akan' 'akan' x abis2 dari dulu.. letaknyer x jugak.. kehkehkeh.. 

Entily Edward: Ermmm..eloklah.bg peluang yg btul2 tau selok belok Dan bmain bsepak sbnrnya utk menerajui FAM. Jgn ada lg org politik atau seumpamanya krn bspak msia x kmana jika diterajui olh mrka.hrp ada kmajuan bspak di msia slps ini. 

Hamdan Arbain: "Akan"…….emmm buat suspen jer….belum letak lagi…hehehe Ajun Las: Patut letak jawatan Dari awal lagi..bagi can orang lain juga macam mana idea orang lain juga . INI utk kebaikan negara Malaysia juga. Raja Indra Kilana: Kalau akan tu x tau bilaa laa…. macam.x letak.laa jawabnya… 

Cik Kama KB: Keputusan yg tepat d ambil Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memlapaskan jawatan sebagai Presiden FAM..d harapkan ahli gabungan memilih KJ sebagai penganti presiden..bagi KJ tadbiran FAM..ade perubahan atau tidak..jangan dok cakap jer..buktikan..jangan cakap tak serupa bikin.. 

Hamizan Abd Hamid: Letak jwtn adalah yg terbaik. Jgn ada sandiwara lagi. Ganti dgn org yg lebih berkaliber. Tuanku g kunjung rakyat yg memerlukan pertolongan lagi baik. Dpt pahala. Rakyat pun sayang. 

Nassarudin Ahmad: Letaklah sekarang….nak tunggu lagi buat apa.. Wahab Lahamin: Patut dari dulu lg… 

Wann Yusoff Tokbek: AKAN…AKAN…tahun 2018…hahaha…lawak. 

Apai Tdrp: Ini macam bukan letak jawatan namanya..klu dah letak jawatan dah xyah nak sebuk2 kat situ lagi..ni x!!!nak kena tgu taun 2018 habis merit baru nak lepaskan habis jawatan..apemendalah!!!!! nak perbodohkan org.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial