MALAYSIA JUARA DUNIA SNOOKER BERPASUKAN

imageResize

Walaupun hajat rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan dunia tidak kesampaian namun lain ceritanya di arena snooker apabila gandingan Moh Keen Hoo dan Lim Kok Leong dinobat juara dunia snooker amatur.

Keen Hoo dan Kok Leong mencipta kejutan di Kejohanan Berpasukan Dunia Persatuan Snooker dan Billiard  (IBSF) yang berlangsung di Hotel Movenpick, Karachi Pakistan.

Gandingan Malaysia itu menewaskan pasukan tuan rumah Asjad Iqbal dan Shahid Aftab di peringkat akhir 5-4.

Lebih manis lagi kemenangan tersebut hadir selepas skuad negara ketinggalan 3-4 sebelum menang dua set berturut-turut.

Keen Ho bukan nama asing kerana dia merupakan pemenang pingat emas acara beregu di Sukan SEA Singapura bersama Thor Chuan Leong. Malaysia mara ke final selepas menewaskan pasangan India, Iran dan Pakistan (Pasukan kedua) – Stadium Astro

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial