MALAYSIA MAMPU CAPAI NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020

image (2)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri NajibTun Razak yakin Malaysia mampu mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, walaupun Malaysia menghadapi pelbagai cabaran.

Menyingkap semula sejarah Malaysia, Najib percaya negara ini mampu mendepani cabaran dengan baik.

"Malaysia adalah sebuah negara yang agak muda. Tetapi dalam sejarah singkat kita sebagai sebuah negara berdaulat, kita berjaya mengatasi cabaran yang telah melemahkan orang lain berbanding negara yang sebaris dengan kita," katanya sewaktu ucapan perasmian Laporan Tahunan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) 2014 di sini, hari ini.

Najib juga berkata, Malaysia kini berdepan dengan beberapa ancaman, bagaimanapun, beliau positif Malaysia mampu menanganinya dengan baik.

Antara ancaman-ancaman terbabit adalah seperti harga komoditi yang tidak menentu, krisis di zon Eropah, gangguan keseimbangan kuasa dunia, penyebaran keganasan dan perubahan iklim.

"Daya ketahanan rakyat dan institusi kita, keazaman kerajaan dan nikmat yang dikurniakan penting dalam membawa kita di mana kita berada pada hari ini," katanya.

Najib juga menjelaskan, pelbagai cabaran yang lebih besar pernah berlaku di negara lain dan tidak ada satu negara pun mampu mengelak daripada menghadapi cabaran ini untuk maju dan berjaya termasuk Malaysia – BERNAMA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial