Malaysia semakin matang selepas 57 tahun merdeka – MB

 

KULAIJAYA: Selepas 57 tahun mengecapi kemerdekaan, negara dilihat semakin matang dan rakyatnya juga terus hidup bersatu-padu dalam menghadapi apa jua rintangan dan cabaran yang melanda negara. selain rakyatnya sentiasa bersatu padu  matang dan rakyatnya juga menghadapi apa jua cabaran yang melanda negara.
 
Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, ini dapat dilihat apabila  menerusi cara Malaysia mengendalikan tragedi yang menimpa pesawat milik syarikat penerbangan kebanggaan negara, Malaysia Airlines iaitu MH370 dan MH17 baru-baru ini.
 
"Cara Malaysia berhadapan dengan tragedi itu menggambarkan betapa setelah 57 tahun kemerdekaan, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang matang, mempunyai wibawa serta pemain penting dan di pandang tinggi di persada antarabangsa.
 
"Tragedi itu juga meyakinkan semua bahawa Malaysia mempunyai kekuatan luar biasa bagi menghadapi kemaslahatan negara iaitu mempunyai sebuah bangsa yang kuat dan bersatu-padu.
 
“Kesatuan kita dalam menempuh saat duka ini telah memperlihatkan ketahanan kita sebagai sebuah bangsa. Kita tidak pernah berputus asa walau apa pun yang berlaku, malahan pelbagai ikhtiar telah diusahakan.  Inilah apa yang saya panggil ketahanan nasional,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 peringkat negeri di Stadium Mini Kulaijaya di sini.
 
Hadir sama pada majlis itu ialah Speaker Dewan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Ismail Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industi Asas Tani, Ismail Mohamed serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan Perksekutuan.
 
Mohamed Khaled berkata, nikmat kemerdekaan ketika ini tidak mungkin dapat dirasai tanpa kesepakatan dan perpaduan yang utuh di kalangan rakyat berbilang kaum. 
 
Jelasnya, keamanan dalam negeri dan komitmen penuh rakyat yang bekerja keras merupakan dua pra-syarat utama untuk sesebuah negeri itu berkembang maju dan progresif. 
 
“Oleh yang demikian, kita perlu terapkan dan kekalkan amalan dan sifat toleransi, hormat menghormati dan bantu membantu di antara satu sama lain serta menolak sama sekali cara hidup yang negatif, tidak bermoral dan ekstrim yang boleh menggugat keharmonian, keamanan, kesejahteraan dan kestabilan masyarakat,” katanya.
 
Pada majlis itu sebanyak 84 kontigen daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat milikan kerajaan, pelajar dan parti politik menyertai perbarisan.
Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial