MARIO GOMEZ BERPUAS HATI DENGAN LEANDRO

photo_2015-08-26_11-02-44

Mario Gomez berpuas hati dengan sumbangan pemain import skuad Johor Darul Ta'zim ketika saingan suku akhir pertama Piala AFC kelmarin. 

Menurut Gomez, penampilan Leandro Velazquez pada babak pertama cukup baik namun masih belum mendapat keserasian dengan corak permainan rakan sepasukan.

Leandro yang baru dua bulan menyertai pasukan utama tidak beraksi pada perlawanan kompetitif sebaliknya hanya menjalani latihan untuk persiapan Piala AFC dan ianya merupakan perlawanan pertama buatnya bersama JDT. 

Meskipun begitu, Gomez yakin pasukan bimbingannya mampu bangkit kembali dan memenangi perlawanan kedua suku akhir yang dijadualkan pada 15hb September 2015 nanti. – Johor Southern Tigers

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial