Mayat Murid Lemas Ditemukan

Anggota bomba mengusung mayat Muhammad Faiz Surimin yang ditemukan di Sungai Serai, Kampung Sentosa, Cahaya Baru, Masai hari ini.

JOHOR BAHRU, 4 April – Mayat murid tahun enam yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Serai, kira-kira 70 meter dari rumahnya di Kampung Sentosa, Cahaya Baru, Masai, di sini sejak enam hari lalu ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abdul Aziz berkata, mayat Muhammad Faiz Surimin, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Cahaya Baru, Masai ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 10.30 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan di bahagian dasar sungai, kira-kira 300 kaki dari perangkap sampah Ladang Keck Seng.

“Mayat ditemukan dalam keadaan sempurna fizikalnya kecuali sedikit kembung. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Akhbar sebelum ini meloporkan Muhammad Faiz yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik dikhuatiri lemas akibat dihanyut arus deras ketika mandi di sungai berkenaan bersama-sama dua rakannya kira-kira pukul 6 petang Khamis lalu.

Difahamkan, mangsa telah pergi ke tengah sungai yang dalam dan deras namun tidak sempat dihalang oleh dua rakannya sebelum dihanyutkan arus. – UTUSAN ONLINE

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial