MB arah wujudkan garis panduan lambakan pembinaan pangsapuri perkhidmatan

PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) untuk mewujudkan satu garis panduan baru mengenai lambakan pembinaan pangsapuri perkhidmatan yang sedang berlaku di negeri ini khususnya di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, garis panduan dilihat sebagai perlu kerana ia pangsapuri perkhidmatan sepatutnya ditawarkan untuk disewa dan bukannya untuk dijual sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

“Kajian untuk menetapkan garis panduan ini dijangka siap dalam tempoh empat bulan lagi. Ia harus dilaksanakan dengan segera.

“Pembelian bagi pangsapuri jenis ini bakal berdepan dengan masalah cukai harta yang tinggi kerana pangsapuri perkhidmatan dimajukan di zon perdagangan dan bukannya dikira sebagai kawasan perumahan.,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbarnya selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Rumah Mampu Milik Taman Sierra Perdana di sini.

Menurut Mohamed Khaled, tidak seperti projek perumahan biasa, pembinaan pangsapuri perkhidmatan tidak tertakluk kepada syarat untuk dibina kemudahan asas untuk masyarakat setempat seperti surau, masjid dan sekolah.

Tambah beliau, sehingga kini di kawasan Iskandar Malaysia, sejumlah 86,000 unit pangsapuri perkhidmatan telah diluluskan pembinaannya sebelum ini.

Jelasnya, berdasarkan Pelan Komprehensif Wilayah Pembangunan Iskandar sehingga 2025, bagi pangsapuri jenis berkenaan sebanyak kira-kira 26,000 unit sahaja yang diperlukan bagi tempoh berkenaan. 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial