MB harap projek pembinaan sekolah di Iskandar Malaysia disegerakan

PASIR GUDANG: Kementerian Pendidikan diseru supaya menyegerakan projek pembinaan sekolah dalam kawasan Iskandar Malaysia bagi menampung keperluan pelajar di kawasan itu.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata ia adalah seiring dengan kepesatan dan kewujudan taman-taman perumahan baru di kawasan berkenaan.

Katanya, pembinaan sekolah-sekolah tersebut juga sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kos perbelanjaan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah yang jauh dari penempatan.

“Jika tidak dilakukan sedimikian, ibu bapa terpaksa menghantar anak jauh dari tempat kediaman dan ini menyumbang kepada perbelanjaan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tapak Sekolah Kebangsaan Taman Scientex di sini semalam.

Projek pembinaan yang melibatkan kos RM16 juta itu dijangka akan September tahun depan.

Mihamed Khaled berkata, buat masa ini terdapat 96 projek pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah sedang dan akan dilaksanakan di seluruh Johor.

Katanya, kerajaan tidak pernah berhenti dalam meneruskan usaha supaya generasi muda di negara ini mendapat peluang pendidikan yang sempurna.

“Antara banyak-banyak sektor, peruntukan setiap tahun dalam belanjawan negara yang paling besar adalah dalam sektor pendidikan,” katanya.
 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial