MB Johor Adakan Lawatan Ke Parlimen Tanjung Piai

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan ke Parlimen Segamat pada 27 Februari lalu.

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini mengadakan lawatan kerja rasminya ke Parlimen Tanjung Piai.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-12 dalam siri lawatan kerja yang diadakan sejak awal tahun ini.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled dijadual meninjau tapak projek naik taraf Jalan Johor Bahru – Pontian dan tapak projek Penswastaan FASPADU Sdn. Bhd, di Pekan Nanas, selain mendengar taklimat mengenai projek Jambatan Tg Bin – Gelang Patah.

Beliau turut dijadual menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kos Rendah Taman Kiara II, menyampaikan geran hak milik Kg. Tengah, Mukim Jeram Batu dan melancarkan ‘Sahabat Tanah Lembab Negeri Johor’ di Pulau Kukup.

Selain itu, Mohamed Khaled bersama rombongan yang terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat itu juga akan meluangkan masa bertemu masyarakat nelayan di Jeti Nelayan Sg. Durian, Kg Serkat.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama di 11 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong, Gelang Patah dan Segamat.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial