MB Johor Adakan Lawatan Kerja Ke Kulai, Tinjau Pembangunan Semasa

img_4001

 

JOHOR BAHRU, 10 Jan – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Kulai hari ini, selepas lawatan kerja yang sama diadakan di Parlimen Johor Bahru pada minggu lepas.

Lawatan kerja setiap Parlimen yang diadakan tahun ini secara berperingkat-peringkat bertujuan meninjau pembangunan semasa di sekitar kawasan Parlimen, selain mengenal pasti isu serta permasalahan setempat dan langkah penyelesaian yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri.

Di Kulai, Mohamed Khaled dijadual mengadakan lawatan ke tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Melayu Seelong, Senai.

Beliau turut dijadual melawat Sekolah Agama Bandar Putra di bangunan sekolah yang baharu, selain mendengar taklimat pembangunan sekolah agama di daerah itu oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Dalam lawatan sehari itu, Menteri Besar juga akan meninjau tapak projek Low Carbon Society (LCS) serta lawatan ke tapak perumahan generasi kedua di Felda Taib Andak.

Selepas itu, beliau dijadual menyempurnakan pembukaan jalan baharu Felda Taib Andak – Inas serta penyerahan geran di Dewan Serbaguna Kampung Murnijaya.

Antara kawasan lain yang turut dijadual dalam lawatan itu ialah Kampung Sri Muar dan pameran produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Dataran Kampung Murnijaya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial