MB Johor Beri Perhatian Pertuduhan Isu Rasuah

Mohamed Khaled

BATU PAHAT 19 April – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin akan mengeluarkan kenyataan berhubung pertuduhan isu rasuah yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd. Latif Bandi, tidak lama lagi.

Mohamed Khaled berkata, beliau akan memberi perhatian terhadap perkembangan terbaharu berkaitan isu itu selepas Abd. Latif didakwa di mahkamah hari ini.

“Memang itu satu perkembangan yang perlu saya beri perhatian, dalam sedikit masa lagi saya akan beritahu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Parlimen Batu Pahat, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil dan ADUN Senggarang, Aziz Ismail.

Abd Latif bersama seorang perunding hartanah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini terhadap 33 pertuduhan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta.

Abd Latif, 51, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial