MB Johor Hadir Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj

0505_IsrakMikraj

 

KLUANG, 4 Mei – Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menghadiri Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Masjid Jamek Bandar Kluang, malam ini.

Majlis diserikan dengan bacaan selawat, bacaan ayat suci Al-Quran sebelum diteruskan dengan solat Maghrib, solat hajat berjemaah dan bacaan tahlil.

Turut diadakan syarahan Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh ustaz Muhadir Jol As Sanariy.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan bantuan kepada empat penerima golongan asnaf.

Sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) itu berupa bantuan perubatan dialisis untuk setahun, dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM70,000 untuk dua penerima.

Manakala dua penerima lagi menerima bantuan bina rumah baharu, masing-masing bernilai RM40,000.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sarday dan Pegawai Daerah Kluang, Muhamad Fuad Radzuan.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial