MB Johor Lawat Parlimen Ayer Hitam

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan ke Parlimen Sekijang pada 20 Mac lalu.

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Siri lawatan kerja ke kawasan Parlimen oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin diteruskan hari ini ke Parlimen Ayer Hitam.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-18, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled dijadual melawat Bazar Niaga Bandar Baru Ayer Hitam dan tempat cadangan pembinaan Masjid Ar-Rahman, Kpg. Parit Awang.

Lawatan yang turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat itu juga akan menyertai sesi ‘Walkabout’ di sekitar gerai lama Jalan Johor.

Selain itu, Mohamed Khaled juga dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Terbuka SJK (C) Yong Peng 2, Majlis Pecah Tanah Dewan Bandar Baru Ayer Hitam dan penyampaian Geran Rewang.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 17 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak dan Pagoh.

Selain itu, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang dan Sekijang.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial