MB Johor Lawat Parlimen Batu Pahat

Mohamed Khaled melihat pelan pembinaan Medan Niaga Pusat Ole-Ole Batu Pahat berkonsepkan kontena di Taman Setia Jaya ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Sri Gading pada 17 April lalu.

JOHOR BAHRU, 19 April – Lawatan kerja ke Parlimen di Johor oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin diteruskan hari ini iaitu ke Parlimen Batu Pahat.

Dalam lawatan sehari itu beliau dijadual mengadakan lawatan ke tapak Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Mesra Alam Batu Pahat Fasa 2 di Kampung Sungai Suloh.

Mohamed Khaled turut dijadual mendengar taklimat dan menyempurnakan gimik pelancaran bagi projek Jalan Kampung Rahmat – Sri Gading oleh Jabatan Kerja Raya di Kampung Sri Rahmat.

Selain itu, beliau juga akan menghadiri taklimat dan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Perkhidmatan Awam 1Malaysia (PPA1M).

Turut disempurnakan Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah, Majlis Penyerahan Kelulusan Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dan penyerahan Bantuan Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Takzim (PDT).

Lawatan hari ini merupakan lawatan Parlimen ke-22, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.

Ia turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 21 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong dan Gelang Patah.

Selain itu, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang, Sekijang, Ayer Hitam, Bakri, Pontian dan Sri Gading.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial