MB Johor Lawat Parlimen Gelang Patah

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Sembrong pada 14 Februari lalu.

JOHOR BAHRU, 25 Feb. – Lawatan kerja rasmi Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ke kawasan Parlimen di Johor diteruskan hari ini, iaitu ke Parlimen Gelang Patah.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-10 dalam siri lawatan kerja yang diadakan sejak awal tahun ini.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled dijadual mendengar taklimat pembangunan Dewan Muafakat di Taman Pulai Utama dan taklimat pembangunan Dewan Niaga Mutiara Rini.

Beliau juga akan mengadakan lawatan tapak ke atas sebuah projek pembangunan taman awam oleh UEM Sunrise Sdn. Bhd., iaitu SIREH Park @ Iskandar Puteri.

Turut dijadual lawatan ke sekitar Sg. Melayu, Jambatan Besi Gelang Patah dan Tapak Lapang Kampung Pendas Baru.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan yang terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat itu mengadakan lawatan sama di sembilan kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, dan Sembrong.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial