MB Johor Lawat Parlimen Kota Tinggi

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan ke Parlimen Batu Pahat pada 19 April lalu.

JOHOR BAHRU, 18 Mei – Siri lawatan kerja ke kawasan Parlimen oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin diteruskan hari ini ke Parlimen Kota Tinggi.

Ia merupakan Parlimen ke-23, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.

Di Kota Tinggi, Mohamed Khaled dijadual merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Felda Air Tawar 3.

Dalam lawatan sehari itu, beliau juga akan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah, Majlis Sumbangan Yayasan Darul Ta’zim dan Majlis Sumbangan Yayasan Pengerang di Pekan Tg. Sedili.

Selain itu, beliau bersama rombongan yang terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat juga dijadual melawat Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Tepian Sg. Kg. Makam.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 22 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong dan Gelang Patah.

Selain itu, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang, Sekijang, Ayer Hitam, Bakri, Pontian, Sri Gading dan Batu Pahat.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial