MB Johor Lawat Parlimen Pagoh

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan ke Parlimen Tangkak pada 6 Februari lalu.

JOHOR BAHRU, 12 Feb. – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Pagoh hari ini.

Ia merupakan kawasan Parlimen kelapan dalam rangka lawatan kerja rasmi Menteri Besar Johor yang diadakan sejak awal tahun ini.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled dijadual akan merasmikan Balai Komuniti, Batu 7 di Bukit Pasir dan merasmikan Dataran Bukit Pasir.

Beliau bersama rombongan yang terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat itu juga akan meninjau tapak gerai di tepian sungai, Kampung Liang Batu, Lenga.

Selain itu, Mohamed Khaled juga bakal menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Pekan Lenga.

Turut dijadual lawatan ke Pusat Agro FELCRA Kundang Ulu dan Pasar Awam Kundang Ulu, selain Perasmian Rumah Limas Kundang Ulu, Tangkak.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama di tujuh kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis dan Tangkak.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi, selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial