MB Johor Lawat Parlimen Pengerang

Mohamed Khaled bersalaman dengan penduduk setempat ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Simpang Renggam pada 14 Mac lalu.

JOHOR BAHRU, 16 Mac – Siri lawatan kerja ke kawasan Parlimen oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin diteruskan hari ini ke Parlimen Pengerang.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-16, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled dijadual merasmikan Pusat Transformasi Setempat Pengerang, selain merasmikan Dewan Serbaguna yang akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang.

Majlis yang akan diadakan di Taman Bayu itu turut menyaksikan pelancaran Yayasan Penyayang, penyerahan kunci rumah kos rendah dan penyerahan mock cheque kepada Persatuan Nelayan Pengerang.

Lawatan yang turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat itu juga akan meninjau tapak cadangan pembinaan ‘waterfront’ di Pekan Sg. Rengit.

Selain itu, Mohamed Khaled juga dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Ruang Niaga imCoop dan pelancaran Program Pembangunan Usahawan Hiliran Minyak dan Gas serta penyerahan surat tawaran inkubator usahawan Pengerang.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 15 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak dan Pagoh.

Selain itu, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara dan Simpang Renggam.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial