MB Johor Lawat Parlimen Segamat

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Gelang Patah pada 25 Februari lalu.

JOHOR BAHRU, 27 Feb. – Lawatan kerja rasmi Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ke kawasan Parlimen di Johor diteruskan hari ini, iaitu ke Parlimen Segamat.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-11 dalam siri lawatan kerja yang diadakan sejak awal tahun ini.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled dijadual menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Bangunan Hub Pusat Aktiviti Belia dan Sukan Daerah Segamat di Jalan Kolam Air.

Beliau juga dijadual merasmikan Program Karnival ‘Community In River 2017’ di Taman Rekreasi Sungai Kapeh, selain menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Masjid As Solihin Sepinang di Kg Sepinang.

Turut diadakan lawatan ke tapak Projek Jambatan Kuala Paya dan Loji Rawatan Air Kuala Paya, tapak cadangan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Parlimen Segamat di Kg Paya Lebar dan tapak pengumpulan hasil pertanian dan buah-buahan di Paya Jakas.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan yang terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat itu mengadakan lawatan sama di 10 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong dan Gelang Patah.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial