MB Johor Lawat Parlimen Simpang Renggam

Mohamed Khaled beramah mesra bersama masyarakat setempat ketika mengadakan lawatan ke Parlimen Tenggara pada 12 Mac lalu.

JOHOR BAHRU, 14 Mac – Siri lawatan kerja ke kawasan Parlimen oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin diteruskan hari ini ke Parlimen Simpang Renggam.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-15, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.

Antara kawasan yang akan dilawati di Parlimen itu ialah Masjid Al-Ubudiah di Kampung Sri Machap, cadangan tapak Masjid Simpang Renggam dan tapak gerai buah-buahan MDSR di Jalan Benut.

Lawatan yang disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat turut akan meninjau tapak Projek Kampung Tersusun Kampung Paya, Layang-layang dan Taman Renggam Jaya.

Selain itu, Mohamed Khaled juga dijadual menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Transit MAIJ, merasmikan Gelangang Futsal Kampung Paya dan menyampaikan geran hak milik kepada penduduk Parlimen Simpang Renggam.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 14 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau dan Tenggara,

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial