MB Johor Lawat Parlimen Sri Gading

Mohamed Khaled bergambar kenangan bersama para guru dan penduduk selepas merasmikan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Kampung Sanglang, ketika mengadakan lawatan ke Parlimen Pontian pada 10 April lalu.

JOHOR BAHRU, 17 April – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini mengadakan lawatan ke Parlimen Sri Gading, dekat Batu Pahat.

Dalam lawatan sehari itu beliau dijadual mengadakan Walkabout Pasar Pagi di Kompleks Niaga, Parit Raja.

Mohamed Khaled turut dijadual mengadakan lawatan ke surau Sekolah Menengah Agama Parit Raja dan meninjau jalan-jalan kampung iaitu jalan masuk Parit Jelutong ke Jalan Parit Karjo.

Selain itu, beliau juga akan menghadiri taklimat mengenai cadangan pembinaan sebuah masjid baharu dan cadangan tapak Ole-ole Batu Pahat.

Mohamed Khaled juga bakal menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Sampul Surat di Jalan Kluang dan penyerahan hak milik tanah di Masjid Jamek Felcra Sri Wangi.

Lawatan hari ini merupakan lawatan Parlimen ke-21, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.

Ia turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 20 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong dan Gelang Patah.

Selain itu, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang, Sekijang, Ayer Hitam, Bakri dan Pontian.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial