MB Johor Lawat Parlimen Tenggara

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Tebrau pada 5 Mac lalu.

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Siri lawatan kerja ke kawasan Parlimen oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin diteruskan hari ini ke Parlimen Tenggara, dekat Kota Tinggi.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-14, sejak lawatan yang diadakan bermula awal tahun ini.

Di Parlimen Tenggara, Mohamed Khaled dijadual menyampaikan geran hak milik tanah kepada penduduk Kg Aman.

Beliau bersama rombongan yang terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat itu juga akan mengadakan lawatan ke sekolah agama di Felda Linggiu, selain bertemu dan beramah mesra bersama penduduk di Felda itu.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled turut akan meninjau tapak baharu Masjid Batu 4 dan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Batu 4, di Jalan Lombong.

Selain itu, beliau juga dijadual merasmikan Jambatan Gantung ‘Titian Laksamana’ dan menyempurnakan upacara penyerahan Pusat Informasi Pelancongan Kota Tinggi dari Johor Corporation (JCorp) kepada Pegawai Daerah.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 13 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai dan Tebrau.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial