MB Johor Rasmi Produk Batik Moden Johor di PAU 2016

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini meluangkan masa melawat booth pameran Galeri MUO.

Kunjungan selama kira-kira 20 minit itu adalah bagi merasmikan produk terbaharu galeri berkenaan iaitu Batik Moden Johor.

Ruang Pameran Wanita Kreatif yang terletak di aras lima bangunan Putra World Trade Center (PWTC) itu mempamerkan himpunan produk-produk usahawan wanita dari seluruh negeri.

Pameran dianjurkan oleh Sekretariat Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang masuk hari ketiga hari ini.

Mohamed Khaled turut dihadiahkan kek oleh Sekretariat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-58 semalam.

MB Johor Rasmi Produk Batik Moden Johor di PAU 2016

Sementara itu, menurut pemilik Galeri MUO, Mariam Ismail, 33, berkata keunikan produk batik tersebut dapat dilihat dengan penggunaan warna-warna pada bendera Johor iaitu merah, biru dan putih.

“Selain itu, corak pada produk batik tersebut juga diilhamkan berasaskan jata negeri Johor yang menampilkan elemen seperti gambir dan lada hitam.

“Malah, produk tersebut juga boleh dijadikan pakaian rasmi dan hadiah korporat bagi yang berminat,” katanya.

Batik Moden Johor menggunakan material sutera crepe dan dijual dengan harga bermula dari RM150 hingga RM250.

Selain produk batik moden,  Galeri MUO turut mempamerkan lukisan canvas digital printing yang menampilkan tokoh-tokoh terkenal termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Galeri foto sekitar perasmian Batik Moden Johor di sini

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial