MB Johor Sedih Kemalangan Maut Ragut 8 Nyawa

JOHOR BAHRU, 18 Feb – Kerajaan Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga dan waris mangsa kemalangan yang mengorbankan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam, dekat sini awal pagi tadi.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, turut meminta semua ibu bapa dan agensi berkaitan berusaha memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

“Saya mewakili pentadbiran kerajaan negeri Johor menzahirkan ucapan takziah dan belasungkawa kepada semua keluarga dan waris mangsa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, awal pagi tadi.

“Semoga roh mereka yang pergi dalam kejadian tragis itu ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi Allah. Saya berharap seluruh keluarga dan waris mangsa yang terbabit agar bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Saya juga mendoakan agar mereka yang tercedera dalam kejadian itu segera kembali pulih. Kejadian ini mendukacitakan dan saya menyeru semua pihak termasuk ibu bapa dan agensi berkaitan agar berusaha memastikannya tidak berulang kembali, ” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, lapan remaja maut, manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas sekumpulan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran perkuburan Mahmoodiah, dekat sini. – Berita Harian

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial