MB JOHOR UCAP TAHNIAH KEPADA PASUKAN HARIMAU SELATAN

photo_2015-08-23_10-55-37

KERAJAAN Negeri Johor memuji kesungguhan dan semangat berpasukan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mempertahankan kejuaraan Liga Super 2015, dalam saingan terakhir Liga Super di Stadium Selayang,semalam.
 
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut yang turut ditujukan buat jutaan penyokong Harimau Selatan itu.
 
"Tahniah kepada pasukan JDT di atas kejayaan dinobatkan juara Liga Super.
 
"Kesungguhan dan semangat berpasukan para pemain, serta sokongan jitu tidak berbelah bahagi para penyokong JDT semenjak kejuaraan ini bermula, akhirnya terbalas," katanya dalam satu kenyataan sejurus kemenangan JDT dinobatkan Juara Liga Super di sini.
 
Mohamed Khaled  berharap kejuaran tersebut menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Selatan untuk terus menempa lebih banyak lagi kemenangan pada masa akan datang.
 
Dalam aksi semalam, meskipun JDT  tewas 1-2 ke atas Felda United, pasukan tersebut berjaya menempa kejuaraan buat kali kedua berturut-turut 
susulan kekalahan Pahang 3-1 kepada Terengganu.
 
Ia  memberi peluang kepada JDT mempertahankan trofi liga, apabila kekal menduduki tangga teratas dengan 46 mata dengan kelebihan dua mata di depan skuad Tok Gajah selepas 22 perlawanan.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial