MB Kayuh Basikal 10 Kilometer Jumpa Rakyat

JOHOR BAHRU: Program kayuhan berbasikal santai bersama Menteri Besar Johor membolehkan pemimpin nombor satu negeri itu dapat memantau dengan lebih dekat lagi perkembangan pembangunan di negeri ini.

Dalam ucapan ringkasnya selepas program tersebut, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, penganjuran program seperti itu juga dapat menggalakkan lagi aktiviti sihat selain mendekatkan lagi hubungan masyarakat dengan pemimpin.

“Ini pendekatan kita, kerana percaya kita dapat meningkatkan lagi hubungan dan kemesraan antara kita. Ia juga menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan negeri hari ini.
 
“Menerusi program seperti ini, lebih mudah untuk rakyat bertemu dan mengenali pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dengan lebih rapat lagi” katanya.
 
Program kayuhan santai sejauh 10 kilometer bermula dari Rumah Pangsa Stulang Laut dan singgah di Bakar Batu sebelum berakhir di PPR Sri Stulang itu turut melibatkan penyertaan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri termasuk EXCO Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir. Hasni Mohamad dan EXCO Belia, Sukan dan Kebudayaan, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ismail Karim.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial