MB Mahu Kontraktor Selesaikan Masalah Rumah Rosak Di Taman Bayu Damai

PONTIAN: Kerajaan Negeri mahu kontraktor yang terlibat dalam projek taman perumahan Bayu Damai di Punggai, Pengerang supaya dapat menyelesaikan masalah berkaitan kecacatan dan kerosakan pada bangunan itu dengan sempurna.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, Kerajaan Negeri sudah memanggil kontraktor yang terlibat dan mahu ia diselesaikan bagi membolehkan penduduk berpindah di kawasan perumahan berkenaan dengan selesa.

“Kerajaan Negeri sedar dan sudah mengenal pasti punca masalah dan kita akan memperbaiki keadaan, malah kita sudah memanggil kontraktor berkenaan untuk memastikan rumah yang dibina itu mengikut spesifikasi dan memastikan apa sahaja kecacata.

“Saya percaya mereka memerlukan masa untuk memperbetulkan semua itu. Tidak perlu tergesa-gesa kerana jika kita buat dalam keadaan tergesa-gesa sudah tentu kita tidak akan dapat baiki rumah-rumah tersebut dalam keadaan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kerosakan rumah penduduk yang terlibat dalam projek Rapid itu pada Majlis Pecah Tanah projek Sungai Pulai Wellness Resort di sini semalam. 

Dalam pada itu, semasa berucap pada majlis tersebut, Mohamed Khaled berkata, projek yang dirancang berhampiran tapak Ramsar Sungai Pulai itu adalah berasaskan ekopelancongan. 

Katanya, mengikut Biro Konvensyen Ramsar, tidak bermakana kawasan itu tidak boleh dibangunkan. Ia boleh dibangunkan jika projek berkenaan mengambil kira soal kemampanan kawasan itu.

Beliau berkata, dalam bajet Johor yang lalu, Kerajaan Negeri menekankan kepentingan memelihara tapak Ramsar sebagai salah satu elemen penting dalam pelancongan bagi Negeri Johor. 

“Oleh itu Kerajaan Negeri telah membekukan semua aktiviti pembalakan dan eksploitasi kawasan itu supaya pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan ini dikekalkan untuk memastikan pembangunan yang tidak dirancang tidak akan berlaku,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial