MCA TANDING KERUSI PARLIMEN GELANG PATAH – LIOW

SEGAMAT: Calon MCA akan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika perbincangan dengan beliau serta beberapa pemimpin MCA lain baru-baru ini.

Katanya, MCA sudah menyusun strategi untuk memenangi semula kerusi Parlimen Gelang Patah yang ketika ini diwakili oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Kami sudah menggerakkan tindak kerja sehingga ke akar umbi kerana yakin BN berpeluang untuk memenangi semula kerusi berkenaan apatah lagi Kit Siang tidak memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat selain selalu tidak ada dalam kawasan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor 2015 di sini, hari ini.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial