MELAYU + CINA = HABIBATUL

HABIBATUL IZZAH SAMAD / BAYI MERDEKA / MUAR

Muar: Pasangan suami isteri Samad Kassim, 54, dan Han Kwee Leng, 42, bukan saja berkongsi hidup dalam kelompok masyarakat majmuk terhasil daripada perkahwinan campur, tetapi lebih manis apabila dikurniakan anak sulung, Habibatul Izzah tengah hari semalam.

Keharmonian sedia terjalin antara dua kaum berbeza itu terpahat menerusi perkahwinan, malah kehadiran bayi perempuan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015, cukup menceriakan pasangan berkenaan selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Han berkata, dia bersyukur semuanya berjalan lancar dan kandungannya selamat dilahirkan walaupun terpaksa menjalani pembedahan awal berbanding 5 September seperti dijadualkan doktor sebelum ini.

Menurutnya, dia mula sakit perut sejak dua hari lalu dan dimasukkan ke hospital sebelum doktor menasihatkannya menjalani pembedahan tengah hari semalam.

“Saya bersyukur dan lega semuanya selamat. Kelahirannya adalah rahmat bagi perkahwinan kami berdua dan tarikh lahirnya pada 31 Ogos menambah keistimewaannya.

“Sebagai ibu, saya berharap anak saya akan membesar dan menjadi seorang muslimah, sihat dan mempunyai semangat patriotik tinggi kerana dia dilahirkan pada Hari Kemerdekaan Malaysia,” katanya yang juga pensyarah Matrikulasi Johor (Tangkak) itu.- HARIAN METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial