MENGIYAKAN SECARA MEMBUTA TULI BUKAN BUDAYA UMNO – KHALED NORDIN

11933406_10153508041529449_6364682323938833148_n

UMNO sedang berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Yang lama dan yang baharu. Yang dijangka dan yang tidak dijangka. Dan bila UMNO Johor menganjurkan bahawa semua ujian dan cabaran ini mesti ditanggani dengan kematangan, kami menganjurkan bahawa kita mesti berlapang dada dan meraikan perbezaan pandangan.

Kita sebagai sebuah institusi siasah Melayu, mesti terbuka dengan pelbagai pemikiran, pelbagai idea dan pelbagai pendekatan.Agar kesimpulan dan penyelesaian yang kita pilih dan ambil akan menguntungkan bangsa, dan tidak merugikan sesiapa.

Bagi UMNO Johor, kami sentiasa yakin bahawa pemimpin yang baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat. Yang tidak mendirikan pagar feudal dan heirarki dalam lapangan idea dan pemikiran. Saya percaya, perkara ini lebih menggambarkan secara benar dan jujur budaya UMNO. Budaya keterbukaan dan kesediaan meraikan perbezaan.

Menyogok-nyogok itu bukan budaya UMNO. Mengiya-iyakan secara membuta tuli itu bukan budaya UMNO. Menganggung-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya UMNO.Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin boleh kita merdeka. 

Ahli UMNO mesti membebaskan diri daripada sogokan pandangan yang menjadikan kita budak-budak. Yang diajar untuk hanya menerima dan tidak mempersoalkan salah betulnya sesuatu perkara. 

Pada saya, sogokan dan paksaan menerima pandangan dan maklumat secara bulat-bulat ini adalah satu bentuk diktator minda dan tirani dalam amalan berfikir

Ia tidak akan menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil. Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan.

Perubahan politik yang progresif dan kematangan demokrasi tidak boleh muncul jika UMNO tidak mempunyai ciri, amalan dan budaya ini.

Yakni, ciri, budaya dan amalan membuka seluasnya ruang untuk pencerahan, ruang untuk menghargai pandangan berbeza, ruang untuk belajar dari yang terbaik. Ruang untuk bersedia menegur dan ditegur.

Hanya jika UMNO bersedia untuk melakukan anjakan begini, maka UMNO melalui apa yang saya panggil ‘Dekad Pencerahan’. 

PETIKAN UCAPAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR

PERASMIAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial