Mindset Change & Citra Baharu Johor

Dr.Kassim

Di tahap manakah purata mindset masyarakat Johor ketika ini?

Secara keseluruhan, mindset masyarakat di Johor adalah berbeza-beza mengikut demografi seperti kaum dan lokasi.

Mindset masyarakat bandar lebih tinggi kerana mereka mempunyai tahap pendidikan dan pandangan dunia yang lebih luas berbanding masyarakat luar bandar dari segi kaum, secara relatifnya mindset orang Melayu dan India masih rendah berbanding kaum Cina.

Justeru, untuk menjadikan Johor lebih maju, seluruh warga negeri ini perlu mengubah mindset untuk melibatkan diri secara langsung dalam arus perdana pembangunan.

Kenapa perlu the mindset change?

Perubahan mindset ini amat penting untuk dilaksanakan kerana ia menjadi asas kepada kemajuan sesebuah bangsa dan negara seterusnya menyumbang kepada pembentukan peradaban yang hebat dan disegani.

Sekiranya warga Johor tidak melakukan perubahan mindset, adalah dibimbangi pembangunan Negeri Johor hanya menguntungkan orang luar. Sedangkan tumpuan dan usaha Kerajaan Johor melibatkan penyertaan rakyat dalam pembangunan. Sesungguhnya, pembangunan Johor yang inklusif memerlukan perubahan mindset dalam kalangan rakyat.

Bagaimana mindset change ini boleh dilakukan?

Perubahan mindset dalam kalangan rakyat boleh dilakukan dengan mengutamakan beberapa perkara iaitu penghayatan ilmu pengetahuan dan pengamalan ajaran agama.

Keupayaan menguasai ilmu pengetahuan membolehkan seluruh bangsa Johor mengalami mobiliti sosial, mendapat peluang ekonomi dan mengecapi nikmat pembangunan serta seterusnya mencipta peradaban bangsa.

Justeru, institusi pendidikan di semua peringkat wajar memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran pendidikan dalam kalangan penduduk Johor secara menyeluruh.

Penguasaan ilmu pengetahuan membolehkan setiap dalam kalangan rakyat boleh memahami ajaran agama yang sebenar. Pemahaman agama yang sebenar membolehkan mereka membezakan antara keperluan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Jelaslah, perubahan mindset hanya boleh dilakukan jika kita mempunyai ilmu pengetahuan dan kefahaman agama yang sebenar.

 

Apakah halangan kepada perubahan atau anjakan minda ini?

Terdapat beberapa halangan utama dalam perubahan mindset dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah penduduk sekarang dalam complacent dan zon selesa. Mereka tidakmahu berubah dan tidak mahu mengambil peluang dalam proses pembangunan.

Terdapat juga dalam kalangan rakyat tidak memahami perubahan persekitaran global. Kegagalan memahami senario global menyebabkan mindset dalam kalangan rakyat tidak berubah.

Halangan lain juga dikaitkan dengan tahap pendidikan yang rendah. Ini mempengaruhi cara mereka berfikir yang bersifat jangka pendek dan world view mereka terhad. Akhirnya ia menyebabkan kedudukan rakyat berada pada takuk yang lama.

Apakah ciri-ciri satu mindset change yang belum berubah?

Antara ciri-ciri mindset yang belum berubah ialah berfikiran terbuka, melihat peluang, berfikiran kreatif dan inovatif, melihat persaingan, mengambil bahagian dan bersikap tunggu dan lihat serta mentaliti subsidi.

Semua ini perlu berubah kerana ia sangat mempengaruhi mindset dalam kalangan rakyat. Kalau ciri-ciri ini tidak ditangani secara bijaksana dan berterusan, ia dibimbangi akan mempengaruhi status Johor sebagai negeri maju. Ciri-ciri tersebut juga menjadi asas untuk mengekalkan Johor sebagai sebuah negeri maju dan mampu berdaya saing di peringkat nasional dan global.

Siapakah agen kepada perubahan mindset change ini?

Pada pendapat saya, banyak agen yang boleh terlibat dalam mengubah mindset dalam kalangan rakyat. Antaranya, pemimpin politik, golongan ulama, guru-guru, pensyarah, golongan profesional, pemimpin masyarakat, wakil rakyat dan ibu bapa.

Ini bermakna semua pihak dalam institusi kemasyarakatan di Johor perlu dan wajar memainkan peranan masing-masing serta mengambil tindakan strategik untuk membolehkan masyarakat yang mereka wakili mengalami proses perubahan anjakan mindset. Ini selaras dengan konsep Muafakat Johor  dalam memperkasa Bangsa Johor yang maju, progresif, berbudaya tinggi dan mampan.

Apakah maksud rakyat Johor berada dalam a confusing crossroad?

Pada pendapat saya, pernyataan ‘a confusing crossroad’  bermaksud rakyat Johor mempunyai wawasan untuk mencapai tahap kemajuan. Namun begitu, masalah utama ialah mereka tidak mahu mengambil peluang-peluang ekonomi yang terbuka dalam dasar dan program pembangunan Johor.

Hakikatnya berdasarkan perspektif sejarah, Johor memang telah meneruskan kelangsungan yang gemilang dalam bidang ekonomi. Johor mencapai kegemilangan ekonomi dalam pelbagai sektor. Ini bermaknarakyat di Johor perlu mengalami perubahan mindset untuk membolehkan mereka terlibat secara langsung dan memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan citra baharu Johor?

Citra baharu Johor bermaksud pemerkasaan bangsa Johor yang maju, harmoni dan berbudaya. Maksudnya, rakyat Johor yang maju dan progresif, hidup antara kaum dengan semangat muafakat Johor yang padu serta membentuk budaya hidup yang gemilang.

Apakah ciri-cirinya?

Antara ciri-ciri citra baharu Johor ialah masyarakat maju yang mempunyai anjakan paradigm pada minda (mindset), ekonomi yang maju dan mampan, peluang pekerjaan, perpaduan antara kaum (Muafakat Johor), masyarakat yang berbudaya tinggi, semangat kejiranan dalam rakyat, berpendidikan tinggi, berdaya saing di peringkat global dan lain-lain.

Apakah kesannya kepada keperibadian, emosi dan psikologi rakyat Johor?

Apabila rakyat Johor mengalami transformasi mindset secara menyeluruh, ia akan menghasilkan impak tinggi daripada aspekkeperibadian, emosi dan psikologi dalam kalangan rakyat bangsa Johor. Ini bermakna bangsa Johor sedia terlibat sama dalam transformasi arus perdana pembangunan Johor yang lebih pesat dan bersepadu. Sesungguhnya, Johor ingin mengembalikan kegemilangan sejarah dahulu iaitu maju dari segi ekonomi, muafakat yang kukuh dalam kalangan rakyat, dan membentuk jati diri bangsa Johor yang hebat.

Bagaimana citra baharu Johor dapat dilaksana dan disuburkan?

Pemerkasaan citra baharu bangsa Johor hanya akan berjaya dibugarkan sekiranya seluruh bangsa Johor mengalami perubahan mindset. Ia meliputi masyarakat pelbagai kaum, semua golongan rakyat dan kawasan bandar dan luar bandar yang meliputi seluruh daerah.

Semua lapisan rakyat dan kepemimpinan perlu bersama-sama dan mempunyai komitmen tinggi untuk mengupayakan anjakan perubahan mindset dalam kalangan seluruh bangsa Johor.

Dengan ini diharapkan semua bangsa Johor mendapat manfaat yang maksimum daripada apa sahaja dasar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Johor pimpinan Menteri Besar Johor Dato’, Mohamad Khaled Nordin, . Sesungguhnya citra baharu bangsa Johor bukan merupakan fenomena baharu tetapi merupakan suatu proses pemerkasaan dan pembugaran bahawa Johor pernah menjadi pengasas dan penggerak kepada citra nasional dan global.

min set

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial