MINTA PENDUDUK LEDANG KIBAR BENDERA

 

image (1)

LEDANG – Penduduk daerah ini diminta mengibarkan Jalur Gemilang di semua bangunan kerajaan, swasta, sekolah, premis perniagaan dan kediaman masing-masing sempena sambutan bulan kebangsaan.

Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin berkata, budaya itu perlu dikekalkan dan dipelihara supaya semangat patriotik rakyat terhadap negara sentiasa membara dan tidak pudar ditelan zaman.

“Jalur Gemilang yang dicipta kira-kira beberapa tahun sebelum kemerdekaan itu perlu dihormati kerana ia merupakan lambang dan kemegahan negara.

“Dengan tindakan ini juga (kibar Jalur Gemilang) dapat menunjukkan rasa cinta kepada negara dan mempertahankan keamanan,” katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 Peringkat Daerah Ledang di Plaza Tol Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau  dibacakan Pentadbir Tanah Daerah Ledang, Shafiei Ahamad selaku wakil rasmi beliau.

Hadir sama, Adun Serom, Abd Razak Minhat; Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Saleh Abd Razak; wakil Pegawai Perpaduan Daerah Muar/Ledang, Mistam Kasmini dan Jurutera  Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ledang, Ir Aidi Md Salleh.

Menurutnya, meskipun Malaysia ke arah menjadi negara maju, sejarah kemerdekaannya tidak boleh dilupakan kerana pencapaian negara ketika ini hasil kemerdekaan negara 58 tahun lalu.

Katanya, tema #sehatisejiwa yang dipilih pada Hari Kebangsaan kali ini mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan rakyat kepada negara sebagai melahirkan rasa cinta kepada tanah air.

“Saya turut berasa sedih dengan tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang memperlekeh Jalur Gemilang, seolah-olah tidak mempunyai jati diri serta tidak menghargai perjuangan pemimpin terdahulu.

“Jelas perbuatan mereka ini langsung  tidak mempunyai berterima kasih kepada pihak yang berjuang mempertahankan negara daripada terus dijajah,” katanya.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial