MPM BERI TUMPUAN CEGAH DENGGI YANG SEMAKIN MENINGKAT

image_gallery

MUAR  (Bernama) — Majlis Perbandaran Muar (MPM) akan menumpukan usaha bagi mencegah penularan wabak denggi di daerah ini yang semakin membimbangkan, kata Yang Dipertuanya Jamaludin A.Hamid.

Jamaludin berkata menurut Jabatan Kesihatan Daerah, statistik wabak denggi di daerah itu kini menunjukkan peningkatan kes melebihi 100 peratus berbanding beberapa tahun sebelumnya.

"MPM akan melaksanakan gerak kerja khas bagi membasmi penularan wabak denggi di beberapa lokasi yang bakal dikenal pasti sebagai kawasan panas ancaman wabak denggi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad.

Beliau yang baharu dilantik sebagai Yang Dipertua MPM juga berikrar untuk meneruskan segala perancangan yang sudah diatur bagi memastikan usaha menjadikan Muar sebagai sebuah bandar lestari akan dapat dijayakan.

"Insya-Allah, saya akan memastikan usaha menjadikan Muar sebagai sebuah bandar mampan dan bersih akan diteruskan demi kesejahteraan bersama. Malah, usaha untuk mengekalkan aspek kebersihan ini juga akan dilakukan dengan lebih agresif," katanya.

— BERNAMA

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial