MTHPI – KOMITMEN PADU KERAJAAN LESTARIKAN KONSEP HIJAU, TANGANI PERUBAHAN CUACA

photo_2015-09-02_00-25-48

 

KOTA ISKANDAR: Johor mengorak langkah dalam usaha melestarikan konsep hijau dan menangani perubahan iklim menerusi penubuhan Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) di peringkat negeri.

Penubuhan itu membolehkan aktiviti dan program yang menyokong pembangunan teknologi dan kejiranan hijau, perubahan iklim dan pembangunan bandar rendah karbon di Johor diselaraskan.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, MTHPI ditubuhkan seiring dengan tahap kesedaran masyarakat yang kian meningkat serta kepesatan pembangunan di negeri itu.

Empat jawatankuasa berikut dibentuk di bawah MTHPI, iaitu:

1. Jawatankuasa Adaptasi
Datuk Ayub Rahmat 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor

2. Jawatankuasa Industri
Datuk Tee Siew Kiong
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Domestik dan Kepenggunaan Johor

3. Jawatankuasa Pembangunan 
Datuk Ir. Hasni Mohammad
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Johor

4. Jawatankuasa Kejiranan 
Datuk Abdul Latiff Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

Mohamed Khaled berkata kesemua jawatankuasa bertanggungjawab merangka strategi terbaik bagi melaksanakan matlamat penubuhan majlis itu.

Segala penyelarasan tindakan MTHPI diselaraskan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial