MUAR AMAT BERISH, PUNTUNG ROKOK PUN SUSAH NAK JUMPA

muar amat bersih 1

MUAR- Jika dibandingkan 10 tahun dahulu, keadaan bandar ini, hari ini memang jauh berbeza dari sudut pembangunan.  Banyak perubahan telah dilakukan oleh kerajaan negeri.

Namun di sebalik pembangu-nan yang cukup memberangsangkan, sesuatu yang tidak boleh dinafikan adalah kebersihan ‘luar biasa’ bandar ini wajar diberi pujian dan perhatian.

Tidak tahu di mana kelebihan- nya tetapi bersihnya bandar ini sehingga sebatang puntung rokok pun susah untuk ditemui!

Itulah hakikat yang selayaknya meletakkan Muar atau nama lainnya Bandar Maharani Bandar Diraja sebagai contoh kepada semua bandar di seluruh negara agar mendahulukan kebersihandalam apa jua urusan dan tindakan.

Bukanlah hendak memuji berlebihan tetapi siapa pun yang datang ke bandar ini pasti akan tertarik hati dan malu untuk membuang sampah di merata tempat.

Bagaimana bandar ini boleh dijaga dengan begitu bersih? Siapa yang mendidik penduduk Muar agar memiliki disiplin yang begitu tinggi terhadap kebersihan?

“Sebenarnya, kami di Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah memantau keadaan ini sejak tahun 2011 lagi dengan kerjasama dua buah syarikat swasta yang dilantik iaitu SWCorp dan SWM untuk menjaga kebersihan.

“Perubahan berlaku sedikit demi sedikit dan tanpa disedari, Muar bertukar menjadi sebuah bandar yang bersih dan bebas sampah dan penduduknya juga secara tidak langsung terdidik untuk sama-sama memastikan kebersihan bandar kami ini.

“Memang kita mengadakan banyak kempen kebersihan untuk menyedarkan orang ramai selain mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang membuang sampah bukan di tempatyang disediakan,” kata Pegawai Kesihatan MPM, Ibrahim Abdullah (gambar) ketika ditemui JAUHAR di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, selain jadual kutipan sampah yang tersusun setiap hari, penguatkuasa MPM sentiasa meronda kawasan untuk memas tikan syarikat yang dilantik benar-benar menjalankan amanah yang diberi.

“Setakat ini, kedua-dua syarikat tersebut telah menjalankan tugas dengan baik dan mereka bukan sahaja menjaga kebersihan Muar tetapi seluruh negeri Johor.

“Saya tak bolehlah sentuh tempat lain tetapi bagi saya, kalau orang luar melihat Muar sebagai bandar yang cukup bersih, itu adalah satu penghargaan yang tidak ternilai dan perludikekalkan selama-lamanya,” katanya.

Muar-bas

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial