NAFI KELUAR KENYATAAN MAKHLUK HALUS PUNCA KALAH

image (1)

SHAH ALAM – Seorang pengamal perubatan Islam menafikan mengeluarkan kenyataan makhluk halus sebagai punca kekalahan Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia 2019 dan Piala Dunia 2018, minggu lepas.

Datuk Shamsuri Shafie menafikan hal tersebut melalui perkongsian di Facebooknya, semalam.

Katanya, artikel sebenar adalah berkaitan tentang orang dulu-dulu menggunakan jampi serapah, mentera dan pendamping supaya menjadi kuat atau luar biasa dalam sesuatu pekerjaan atau permainan.

"Saya tidak pernah keluarkan kenyataan tentang 'penggunaan mahluk halus punca Malaysia tewas'," kata Shamsuri.

Kata Shamsuri, kalah atau menang adalah adat dalam setiap perlawanan.

"Media oh media. Tak pasal-pasal ambe kena," akhiri beliau.

Khamis minggu lalu, pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membelasah pasukan Malaysia 10-0 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial