NAJIB GARIS 5 PERKARA

23hm12aa.transformed_1

Kuala Nerus: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak menggariskan lima perkara yang mampu menjadikan parti berkenaan lebih kuat, sekali gus mampu memenangi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, perkara pertama ialah ahli UMNO jangan mengkhianati parti dengan menjadikan masalah perpecahan yang pernah berlaku terhadap parti sebelum ini dijadikan iktibar.

Menurutnya, UMNO ibarat sebuah kapal atau bahtera yang tidak boleh dikorek semata-mata untuk kepentingan peribadi kerana ia boleh karam hingga menyebabkan semua mati kelemasan.

“Seterusnya ingin saya nyatakan, kita semua perlu menjalinkan kerjasama dengan erat sebagai perkara ketiga dan bekerja lebih keras lagi selain menilai kemampuan yang ada.

“Lima perkara ini sangat penting dan jika kita dapat amalkan, pastinya kita tidak berdepan dengan masalah serta akan berjaya nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain itu, Najib turut menegaskan bahawa perbezaan pendapat biasa berlaku dalam sesuatu organisasi termasuk UMNO.

Bagaimanapun, menurutnya, perbezaan pendapat itu boleh disuarakan tetapi biarlah beradab kerana orang Melayu sendiri mempunyai seni dalam menyuarakannya.

“Ibarat suami isteri berbalah, jangan sampai perbalahan itu diketahui oleh jiran tetangga atau orang di kedai kopi…kalau diketahui nanti, kita juga yang akan ditertawakan.

“Islam sendiri minta kita menjaga keaiban dan tidak membuka aib orang lain, itu adalah nilai murni berasaskan orang Melayu yang tinggi nilai budi dan secara prinsipnya kita mesti jaga adab antara kita,” katanya.- HARIAN METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial