Najib Hadir Majlis Taklimat Presiden

 b8e68d02-6f3c-40c1-babe-e840d8a08b5f

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua Bahagian pada Majlis Taklimat Presiden, petang ini.

Beliau bakal menyampaikan amanat mengenai hala tuju perjuangan parti keramat orang Melayu itu pada taklimat berkenaan sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Antara yang turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Turut kelihatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Perhimpunan Agung yang diadakan selama lima hari itu membabitkan seramai 5,732 perwakilan.

Najib juga dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembangunan Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC KL), yang bakal menjadi mercu tanda baharu di ibu negara.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial