NAJIB HARGAI KESETIAAN MUHYIDDIN, SHAFIE APDAL

MT UMNO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menghargai kesetiaan dan komitmen tinggi Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terus setia di bawah panji perjuangan parti sehingga kini. 

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu juga menjelaskan bekas timbalannya dalam barisan Kabinet itu juga sudah menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama dalam perjuangan. 

"Saya alu-alukan pembabitan Tan Sri Muhyiddin dan beliau sudah menyatakan kesetiaan dalam UMNO dan akan terus berjuang memperkukuh parti UMNO. 

"Atas komitmen beliau ini, saya ucapkan terima kasih dan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga, sebab nyatakan komitmen sama," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, hari ini. 

Najib berkata, buat masa ini solidariti kepemimpinan tertinggi parti adalah keutamaan dan asas penting yang menjamin kelangsungan untuk UMNO terus berkuasa. 

Najib turut menjelaskan bahawa MT UMNO bersetuju supaya beberapa perkara perlu ditangani bagi memuaskan rakyat termasuk isu 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial