Parlimen Batu Pahat Terima RM114 Juta Peruntukan Pembangunan

BATU PAHAT, 19 April – Sebanyak RM114 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan di Parlimen Batu Pahat.

Keseluruhan peruntukan tersebut adalah melalui Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan parlimen tersebut.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin semasa berucap sempena lawatan kerja ke parlimen tersebut di Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, di sini hari ini.

Antara projek-projek pembangunan yang menerima peruntukan adalah seperti berikut:

1. RM3.868 juta untuk pembinaan sebuah Sekolah Agama dua tingkat dengan enam bilik darjah di Kg. Sri Merlong.

2. RM5.45 juta untuk pembinaan Masjid menerusi peruntukan Kerajaan Pusat melibatkan:
-Masjid Taman Banang Jaya;
-Masjid Parit Gantung, Kg. Sri Merlong; dan
-Masjid Jamek Jannatul Firdaus, Kg. Sri Merlong

3. RM39.1 juta untuk membina laluan baharu merentasi Jalan Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading.

4. RM41.951 juta untuk menaik taraf, menyelenggara dan melebar jalan kampung, negeri dan PBT.

5. RM12.843 juta untuk menaik taraf projek Sistem Saliran Mesra Alam Sungai Suloh.

6. RM1.322 juta untuk menyelenggara dan mendalamkan parit pertanian sedia ada bagi melancarkan aliran air.

7. RM4.119 juta untuk menaik taraf dan membina jalan ladang yang baharu bagi mengeluarkan hasil pertanian penduduk.

8. RM1.315 juta membina jambatan MTB dan menggantikan pagar yang uzur.

9. RM1.320 juta untuk projek Penggalian Kuala Sungai bagi mengalihkan mendapan sungai.

10. RM520 ribu untuk menggantikan lintasan konkrit rumah yang uzur dan usang.

11. RM200 ribu untuk membina Dewan Muafakat Johor di Senggarang.

12. RM150 ribu untuk membina jambatan Sungai Berong.

13. RM300 ribu untuk menaik taraf Laman Tepian Sungai Senggarang.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Mohd Puad Zarkashi, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil dan ADUN Senggarang, A. Aziz Ismail.

Parlimen Batu Pahat merupakan parlimen yang ke-22 telah dilawati bagi tujuan meninjau pembangunan dan menyelesaikan isu-isu setempat yang dihadapi oleh penduduk.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial