Parlimen Sembrong Kawasan Ke-9 Lawatan Kerja MB Johor

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Pagoh pada 12 Februari lalu.

JOHOR BAHRU, 14 Feb. – Lawatan kerja rasmi Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ke kawasan Parlimen di Johor diteruskan hari ini, iaitu ke Parlimen Sembrong.

Ia merupakan kawasan Parlimen kesembilan dalam siri lawatan kerja yang diadakan sejak awal tahun ini.

Yang dijadualkan turut hadir, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ahli-Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri; Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani; Pegawai Daerah Kluang, Mohd Noh Ibrahim serta ketua-ketua jabatan agensi negeri dan persekutuan.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled serta rombongan dijadual meninjau beberapa kawasan termasuk Kampung Melayu Chamek dan Kampung Melayu Niyor.

Beliau juga akan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Penempatan Baru di Ladang CEP Niyor.

Turut dijadual lawatan ke Taman Sri Lambak, selain penyerahan geran hak milik Felcra Sungai Jebong.

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled telah mengadakan lawatan sama di lapan kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak dan Pagoh.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi, selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial