Parlimen Tebrau, Lokasi Ke-13 Lawatan Kerja MB Johor

Mohamed Khaled ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Tanjung Piai pada 5 Mac lalu.

JOHOR BAHRU, 7 Mac – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini mengadakan lawatan kerja rasminya ke Parlimen Tebrau.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-13 dalam siri lawatan kerja yang diadakan sejak awal tahun ini.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled dijadual menghadiri taklimat beberapa projek antaranya projek Persimpangan Bertingkat dan Projek Tebatan Banjir di Taman Bukit Mutiara, projek perumahan Yayasan Perumahan Untuk Termiskin di Taman Setia Indah dan projek Perumahan Pangsa di Taman Mount Austin.

Beliau turut dijadual menyempurnakan Majlis Pelancaran Aplikasi Transit For Johor dan perasmian Jalan Kampung di Kg Bukit Dagang serta meninjau tapak projek pembinaan masjid di Taman Pasir Putih dan melawat jambatan sementara di Kampung Perigi Acheh.

Selain itu, Mohamed Khaled bersama rombongan yang terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat itu juga akan meluangkan masa mengadakan pertemuan bersama Persatuan Teksi Bandar Tiram serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Cina dan India.

Sejak Januari lalu, sebanyak 12 kawasan Parlimen telah dilawati iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong, Gelang Patah, Segamat dan Tanjung Piai.

Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial