Pasaran hartanah di Johor masih lagi kukuh.

KOTA ISKANDAR: Pasaran hartanah di Johor masih lagi kukuh.
 
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, berdasarkan Laporan Tahunan Pasaran Hartanah tahun 2014 yang dikeluarkan oleh National Property Information Centre (NAPIC), adalah pada kadar 36.7 peratus.
 
“Indeks prestasi jualan ini menunjukkan peningkatan sebanyak lapan peratus iaitu 28.65 peratus pada tahun 2013.
 
“Walaupun indeks bagi Negeri Johor berada di bawah Wilayah Persekutuan dan Selangor, namun bagi penawaran baru tahun 2014 bagi Negeri Johor berada pada jumlah yang sama dengan dua negeri tersebut iaitu pada jumlah 12,000 unit setahun,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 13 di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, hartanah berbentuk kediaman teres setingkat, teres dua tingkat, rumah berkembar, banglo dan apartment masih lagi mencatatkan transaksi yang memberangsangkan.
 
Katanya lagi, bagi tahun 2014, sebanyak 11,459 unit rumah kediaman telah dilancarkan di pasaran Negeri Johor. Daripada jumlah itu, sebanyak 3,995 unit merupakan pangsapuri perkhidmatan, 7,464 unit lagi adalah hartanah lain seperti rumah teres, berbandung dan banglo,” katanya.
 
“Permintaan terhadap hartanah jenis kediaman selain daripada pangsapuri perkhidmatan masih lagi berada pada tahap yang baik.
 
“Berdasarkan rekod JPPH, transaksi bagi kediaman tersebut adalah pada kadar 43 peratus atau 3,183 transaksi dicatatkan berbanding 7,464 unit yang dipasarkan. Dan kebanyakan pelancaran rumah baru tersebut dibuat pada suku ketiga dan keempat tahun 2014,” katanya.
 
Ujar beliau lagi, sektor hartanah di Johor meliputi subsektor perumahan, komersial, industri, pertanian, tanah pembangunan dan lain-lain.
 
“Penilaian pasaran hartanah di negeri ini haruslah dibuat menggunakan kayu ukur atau indeks yang betul bukannya berasaskan kepada persepsi atau spekulasi sesetengah pihak,” katanya.
Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial