PASARAYA DIARAH BAYAR MICHAEL JORDAN AS$8.9 JUTA


image

CHICAGO – AMERIKA SYARIKAT. Pemilik sebuah rangkaian pasaraya perlu membayar bintang bola keranjang, Michael Jordan AS$8.9 juta (RM37.2 juta) kerana menggunakan nama atlet tersebut tanpa kebenaran untuk sebuah iklan.
 
Menurut ESPN, juri memutuskan keputusan tersebut selepas perbicaraan berlangsung selama enam jam di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat.
 
Keputusan mahkamah memutuskan agar Dominick, rangkaian pasaraya yang kini tidak lagi berfungsi yang berpusat di Chicago membayar Jordan selepas menggunakan nama atlet berkenaan dalam sebuah iklan di dalam sebuah majalah sukan pada 2009.
 
Peguam Jordan, Andrew Zimbalist pula mendakwa nilai pasaran yang adil untuk iklan tersebut dengan menggunakan nama Jordan adalah AS$10 juta (RM41.7 juta).
 
Sementara itu, Jordan berpuas hati terhadap hukuman tersebut.
 
"Tak kira mereka insan terkenal atau tidak, tiada siapa patut bimbang bahawa identiti mereka telah digunakan tanpa kebenaran," kata Jordan.
 
Jordan juga memberitahu hasil kemenangan kes tersebut akan didermakan kepada badan kebajikan.
 
"Ia (kes) bukan berkaitan dengan wang. Ia berkaitan dengan kejujuran dan integriti. 
 
"Saya harap kes ini akan memberi mesej jelas di Amerika Syarikat (AS) dan serata dunia bahawa saya akan melindungi identiti dan nama saya," kata Jordan kepada Chicago Tribune.
 
Jordan berharap jumlah bayaran yang dikenakan akan menghalang orang lain untuk mengulangi kesalahan sama.
 
Peguam kepada Dominick meninggalkan mahkamah tanpa sebarang komen – SINAR HARIAN 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial