PASUKAN JDT II BENAM KL DI MPPG

11828604_510851052411532_5506687434756945101_n

Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDTII) membenam Pasukan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana di stadium MPPG semalam. Pada seawal minit ke 33, Pasukan KL berjaya menjaringkan gol menerusi pemain Choi Hyun-yeon. Namun pada minit ke 52, Pasukan JDT II dihadiah sepakan penalti dan dengan mudah Zaquan Adha menyamakan kedudukan apabila sepakan penalti berjaya membolosi gawang pihak lawan. Pasukan tuan rumah menambah derita Pasukan lawan apabila menjaringkan gol menerusi pemain Akmal Ishak pada minit ke 69. Permainan berkesudahan JDT II 2-1 KL. Pasukan JDT II kini berada di tangga ke 5 Liga Perdana dengan mengumpul 30 Mata.

Sumber : Johor Southern Tigers

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial