PEKELILING HARAM PENJUALAN VAPE DIEDAR KEPADA PBT JOHOR MINGGU INI

12341263_978962028834777_1086919818614932356_n

NUSAJAYA – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini akan menerima surat pekeliling bagi mengharamkan penjualan vape dalam minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Abd Latif Bandi berkata keputusan untuk melanjutkan pekeliling itu sudah dibincang dan dipersetujui dalam mesyuarat kerajaan negeri semalam.

"Walaupun setiap PBT sudah mengambil maklum tentang arahan yang dikeluarkan baru-baru ini, namun pekeliling akan tetap diedarkan dalam minggu ini.

"Ia bagi memaklumkan pelaksanaan pengharaman vape berkuat kuasa 1 Januari depan di kesemua premis perniagaan di Johor," kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, Latif memberitahu kerajaan negeri kekal dengan keputusan mengharamkan penjualan vape sebagaimana yang dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 29 Nov.

Menurut beliau, langkah itu diambil setelah mengambil kira kesejahteraan rakyat dalam konteks kesihatan.

Pengharaman penjualan vape di Johor merangkumi peranti dan cecairnya.- BERNAMA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial